Tab Menu 9

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

BACAAN SELAIN AZAN DI PEMBESAR SUARA PATUT DIHENTIKAN

Assalamualaikum..
Maaf terlambat masukkan entri yang terbaru seperti yang LT janjikan. Hari ini LT nak berkongsi sedikit berkenaan bacaan kuat selain Azan di pembesar suara. Pengunjung semua pernah tak membaca blog Dr Asri? sememangnya Dr. Asri berlainan aliran dengan kita tetapi kebanyakan pendapat yang diberi betul-betul relevan. Jadi hari ini LT nak kongsikan apa yang Dr. Asri ulaskan berkenaan dengan tajuk ini.

“Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan –selain azan- yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah ‘perjuangan mempertahankan Islam’. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;
1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.
2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.
3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.
4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:
“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).
Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.
Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:
“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).
Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.
5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:
“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?
6. Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak.”
sumber- http://drmaza.com

Cantik Tapi Bahaya

Assalamualaikum…

Comel, cantik, menarik, enak dipandang tapi terlalu bahaya apabila ada dalam tubuh manusia. Penah dengar H1N1?? SARS?? AIDS?? Siapa tidak kenal dengan virus-virus terkenal itu. Itulah virus yang banyak meragut nyawa manusia. Tapi apabila dilihat virus-virus ini mempunyai rupa bentuk yang amat unik. 

 

2csevyb

SARS

2rdj6dlic0g9f

E-COLI

6is5qf

H1N1

   2dqr20 8y8akj  

AIDS/HIV

fbi1vo

SMALLPOX VIRUS

 

Menarik kan?:)

Di Sebalik Simbol Teknologi

Assalamualaikum..

Hari ini LT nak berkongsi berkenaan dengan info yang LT baru dapat. Harap semua pengunjung enjoy dengan info yang LT paparkan. Untuk pengetahuan semua laman ini nampak skema tapi penulisnya tidak skema. :D

1. Tombol power on/off

black-power-button-vector-3

Simbol ini asal mulanya digunakan pertama kali pada perang dunia 2 sebagai sendi untuk isyarat. Garis vertikal melambangkan angka "1" yang ertinya hidup atau on, dan lingkaran melambangkan angka "0" yang ertinya mati atau off. Sementara lingkaran yang tidak sempurna melambangkan keadaan standby.

 

2. Tombol Bluetooth

bluetooth

Tombol yang satu ini sudah tidak asing lagi buat mereka yang gemar transfer data dari satu peringkat ke peringkat lain. Gara-gara suka buah blueberry, Raja Denmark ke-10, Harald Blatand mewarnai salah satu giginya dengan warna biru. Dan gara-gara bluetooth receptor pertama bentuknya mirip dengan gigi sang raja, dipakailah lambang ini yang biasa melambangkan Raja Harald sebagai simbolnya.

 

 

3. Play    

play

Belum ada kisah yang pasti dan jelas kenapa segitiga yang diguna melambangkan tombol PLAY. Yang pasti, segitiga dianggap jadi simbol penunjuk arah yang paling mudah dibaca. Posisinya yang mengarah ke kanan mengingatkan kita pada arah jalan pita rakaman pada kaset.

 

4. USB

usb-logo

Kesaktian tongkat Neptunus menginspirasi simbol USB sebagai penghubung yang menghubungkan connection apapun. Tiga hujung tongkatnya yang terbentuk dari tiga batang, kotak, segitiga, dan lingkaran jadi pemacu. USB adalah gadjet yang serba boleh.

 

5. AT

at_email

Ketika belum wujud mesin cetak, pengarang harus menulis tangan tiap naskah yang diterbitkan. Daripada kajian, menulis kata "at", mereka pun mencipta simbol "t" yang melilit "a". Maka jadilah simbol ini.

10 Kapal Karam Yang Melibatkan Jumlah Kematian Tinggi


Mary Rose
HMS_Mary_Rose_and_pirates
kematian:400 orang orang akibat pertempuran antara kapal perang inggris dan sepanyol
 
HMS Birkenhead
HMS_Birkenhead
kematian:460 orang akibat rosak di Algoa Bay,Cape Town
 
SS Eastland
eastland
kematian:845 orang akibat terlebih muatan menyebabkan kapal terbalik
 
MS Estonia
estonia2
kematian:852 orang akibat rosak ketika dalam perjalanan dari Tallin,estonia ke Stockholm,Sweden
 
RMS Empress of Ireland
empress_of_ireland_wreck
kematian:1012 orang akibat dari kerosakan ketika menyeberangi Port-Au-Pere,Quebec
 
RMSTitanic
rms_titanic_400px
Kematian:1517 orang akibat melanggar iceberg
 
Sultana
sultana
kematian:1800 orang akibat boiler kapal meletup tak jauh dari Tennessee,US
 
MV Le Joola
       lejoolacapsized  

kematian:1863 orang akibat hempasan badai yang kuat menyebabkan kapal terbalik
 
Halifax Explotion
explosion_1945
kematian:1950 orang akibat kapal yang penuh dengan muatan alat letupan tidak sengaja berlanggar dengan kapal Norway 'The Narrows'
 
The Dona Paz
dona paz
kematian:4375 akibat berlanggar dengan kapal tanker minyak

Buat Apa Dengan Hampas Tebu??

Tebu atau nama saintifiknya Saccharum officinarum adalah tanaman utama yang digunakan untuk menghasilkan gula. Dalam proses membuat gula, hasil sampingan (buangan) yang terhasil dipanggil sugarcane dregs atau hampas tebu.

Bahan buangan ini tergolong dalam kelas karbon yang diaktifkan.

Karbon ini mempunyai liang mikro yang berupaya menyerap gas dari bahan bakar petroleum (petrol fuel gases) yang dihasilkan daripada kenderaan bermotor yang berbahaya kepada orang ramai.

Hampas tebu yang tidak mempunyai nilai komersial dimasukkan ke dalam botol air mineral yang diguna semula dan gas yang mengandungi bahan pencemar disalurkan ke dalam botol tersebut.

Objektif kajian ini adalah untuk mengukur keberkesanan hampas tebu dalam menyerap partikel pencemaran dari udara.
Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa karbon yang diaktifkan dalam hampas tebu mampu menurunkan jumlah karbon monoksida dalam udara sebanyak 74.51 peratus , nitrus oksida sebanyak 29.35 peratus dan hidrokarbon yang tidak terbakar sebanyak 58.07 peratus

Keputusan ini menunjukkan bahawa bahan buangan dari proses pembuatan gula boleh digunakan dalam usaha mengurangkan pencemaran udara.

Lihatlah betapa hebatnya kekuasaan Allah S.W.T.. Hanya manusia sahaja yang tidak aplikasikan di dalam kehidupan.

Kubah Kiamat di Kutub Utara

Assalamualaikum..
Apakah pendapat anda berkenaan dengan entri ini?
Adakah ia wajar bagi anda?

Sebuah bangunan sangat kuat yang dibangun di Kutub Utara untuk menyimpan biji-bijian dari seluruh dunia resmi difungsikan. Fasilitas yang disebut sebagai Kubah Kiamat (Doomsday Vault) ini dibuat di dalam sebuah gunung beku di Kepulauan Svalbard, Norwegia, 1100 kilometer dari kutub utara.
Kubah ini akan berfungsi untuk menyimpan biji-bijian dari seluruh dunia guna melindungi plasma nutfah. Harapannya, jika terjadi bencana besar yang melanda dunia, biji-bijian yang disimpan di kubah itu akan bisa menjadi sumber penyelamat manusia sebelum terjadi kelaparan.
Kerana fungsi sebagai penyelamat manusia, maka kubah itu diberi nama Kubah Kiamat (Doomsday Vault). Kubah tersebut terletak di dalam sebuah gunung beku di Kepulauan Svalbard, Norwegia, 1100 kilometer dari Kutub Utara.


Dalam pernyataannya, Perdana Menteri Norwegia Jens Stoltenberg menyebut bahawa Svalbard Global Seed Vault merupakan kepintaran penyelamatan kami. “Ini adalah ‘Bahtera Nuh’ untuk melindungi keragaman biologi generasi masa depan,” ujar Jens Stoltenberg dalam upacara perasmian kubah itu.
Acara yang monumental tersebut juga dihadiri oleh Presiden Komisi Eropa, Jose Manual Barroso, dan penerima Nobel Perdamaian 2004, Wangari Maathai, dari Kenya.
Setelah dirasmikan, kubah yang berada di dalam perut gunung sedalam 127.5 meter ini akan menyimpan cadangan bibit dari ratusan bank benih dari seluruh dunia. Ruangan di dalamnya dapat memuat 4.5 juta sampel benih.
Kubah yang pembangunannya memakan biaya US$9.1 juta-hasil kerja sama Global Crop Diversity Trust, lembaga yang diiktiraf badan PBB untuk urusan pangan atau FAO (Food and Agriculture Organization) dan Biodiversity Internasional yang berada di Roma, Italia-diharapkan benar-benar menjadi penyelesaian masalah pada masa depan demi kelangsungan kehidupan manusia.

Pembukaan Blog Terbaru

Assalamualaikum..
Kini blog ini akan dibuka untuk tujuan memberi informasi kepada pengunjung-pengunjung. Blog ini akan mengeluarkan pelbagai isi-isi yang berguna kepada pengunjung sekalian. Isi-isi tersebut merangkumi Remaja&Cinta, Sentuhan Rohani, Pelik tapi Benar, Kisah Benar, Tokoh, Hiburan, Sembang Santai, Bimbingan Keluarga Harmoni, Personaliti Pilihan dan lain-lain. InsyaAllah entri akan dimasukkan setiap hari setelah blog ini stabil. Sekarang masih dalam pembinaan lagi harap maaf.