Tab Menu 9

Saya Pelajar IPG Kampus Tuanku Bainun

Assalamualaikum.
Hari ini LT berminat untuk menyertai segmen yang dicipta oleh BLOGPILIHANMALAYSIA. Segmen ini ditujukan khas buat pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) ataupun dahulunya dipanggil Maktab Perguruan. Jadi apa salahnya LT yang merupakan seorang pelajar IPG menyertai segmen ini.
add
LT merupakan pelajar Pengajian Agama/Bahasa Inggeris/ Bahasa Arab dan berkemungkinan akan mengajar Pendidikan Islam, Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab.

Melalui pengalaman yang telah dilalui selama berada di IPG, sememangnya banyak pengalaman pahit dan manis walaupun baru 1 tahun setengah berada di sini. LT cuma kongsi sedikit saja di sini. Yang manisnya apabila berada di IPG, LT tidak tertumpu pada satu bidang. Contoh bidang sampingan yang LT ceburi fotografi,muzik dan design. Itulah yang termanis dalam hidup LT selama berada di IPG. Yang pahitnya pula ketika menjalani sesi muhasabah diri, dengan hati yang duka LT menerima satu kertas yang tertulis perkataan yang sangat buruk dan LT tidak fikirkan bahawa orang tersebut tulis dengan bertujuan memuhasabahkan diri LT.

Bagi LT sebagai guru bukanlah satu tugas yang mudah. Baik kita ajar baiklah individu itu, buruk kita ajar buruklah individu itu. LT berhasrat sesangat satu hari nanti setelah bergelar guru, LT akan fokuskan pada setiap individu berkenaan dengan pimpinan terhadap diri sendiri. Sekarang ini kita dapat lihat begitu ramai pelajar yang bermasalah. Ini disebabkan mereka gagal untuk memimpin diri mereka ke arah yang lebih baik. 

4 comments:

caer sasuke said...

LT yg mane 1 ye?dpan ke blkg?

NURHIDAYU BINTI RAFIEE said...

lt kat dlm hati sy..

NURHIDAYU BINTI RAFIEE said...

ilysm k

Anonymous said...

cam knl je lt yag mne satu.......